Bismillah...

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah
Hikayat ini telah diterjemahkan ke bentuk filem oleh KRU Production untuk tontonan umum yang dijadualkan sekitar bulan Mac 2011. Produksi yang menelan hampir RM8 juta ini telah mendapat pasaran yang meluas di seluruh dunia kerana dijadualkan bakal ditayangkan di 72 buah negara.
Sinopsis cerita secara ringkas berkisahkan mengenai seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
p/s

- Tak sabar tengok cerita ni. Saya merupakan penggemar cerita-cerita epik! OMG cerita ni!!
Jotted down by

6 Opinions:
peh terbaik la cite ni
lehe -
terbaik kan? skor musik dia pun macam best.
tak sabar nak tgk citer ni jugak..
kak aishah -
tak sabar kan? jom serbu panggung mac nanti!
Taknak menaruh harapan terlalu tinggi, nanti kecewa kalo xbest *macam citer Dr Rozmey tuh*:p
Paan -
Haha..hr tu menaruh harapan ke ngan crite tu? Xde perasaan lak tgk crite dy :P
Tp mmg mood tgh ala2 pirates. So, cerita ni ngan Kapten Jack Sparrow bulan 5 nnt adalah sesuatu yg mengujakan! :D
Post a Comment